Isu-isu baru-baru ini Peso_Filipina

Nota bank "Arrovo"

Pada Disember 2005, sebilangan nota 100-peso dengan nama keluarga Presiden Gloria Arroyo yang salah dieja sebagai "Arrovo" kedapatan dalam edaran. Beberapa hari kemudian, BSP mengarahkan supaya penyiasatan dibuat tentang perkara tersebut.[5]

Masalah penipuan duit syiling 1-piso

Pada Ogos 2006, orang awam di Emiriah Arab Bersatu mendapat tahu bahawa duit syiling 1-peso mempunyai saiz yang tepat sama dengan duit syiling 1 dirham mereka.[6] Oleh sebab 1-peso hanya bernilai 7 fil (0.07 dirham), ia mengakibatkan penipuan mesin layan diri di negara itu. Penipuan yang serupa juga berlaku di Amerika Syarikat kerana duit syiling 1-peso itu hampir sama saiznya dengan duit syiling dua puluh lima sen dan hanya bernilai 2 sen Amerika Syarikat. Bagaimanapun, meter letak kereta digital yang lebih baharu tidak terjejas oleh penipuan ini.

Persamaan duit syiling 10-piso dengan duit syiling 2 Euro

Saiz duit syiling 10-peso juga serupa dengan saiz duit syling 2 Euro dan oleh itu, mudah salah dianggap sebagai duit syiling Euro di Kesatuan Eropah.

  • Duit syiling 10-peso
Kadar pertukaran semasa PHP
Lihat Google Finance:AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD · CNY  · SGD
Lihat Yahoo! Finance:AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD  · CNY  · SGD
Lihat XE:AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD  · CNY  · SGD
Lihat OANDA:AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD  · CNY  · SGD
Lihat fxtop.com:AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD  · CNY  · SGD
Lihat MSN Money:AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD  · CNY  · SGD